Mengekalkan keselamatan data anda adalah keutamaan bagi Tyson Foods, Inc. dan anak syarikat, sekutu dan entiti berkaitannya (secara kolektif, “Tyson,” “kami” atau “kita”). Tyson berdedikasi untuk bersikap telus tentang data yang kami kumpulkan mengenai anda dan cara kami menggunakannya. Notis Privasi Dalam Talian ini terpakai kepada semua pengguna laman web, aplikasi, platform dan ciri laman kami.
Notis Privasi Dalam Talian ini digunapakai ke atas amalan maklumat Tyson supaya anda memahami cara data peribadi dikumpul, digunakan, disimpan dan didedahkan. Notis Privasi Dalam Talian ini juga menerangkan hak-hak anda ke atas data peribadi yang kami simpan tentang anda, termasuk bagaimana anda boleh menggunakan hak-hak tersebut.
Di bawah undang-undang privasi tertentu, “Pengawal” atau “Pemproses Maklumat Peribadi” ” data anda ialah Tyson Foods, Inc. Kami hanya akan memproses data peribadi anda mengikut Notis Privasi Dalam Talian ini melainkan dikehendaki sebaliknya oleh undang-undang yang berkenaan. Kami mengambil langkah untuk memastikan bahawa data peribadi yang kami kumpulkan tentang anda adalah mencukupi, relevan, tidak berlebihan dan diproses untuk tujuan terhad. Anda mungkin ingin mengetahui lebih lanjut tentang jenis pemprosesan tertentu, disebabkan itu dalam Notis Privasi ini anda akan mendapati beberapa maklumat notis tambahan yang memberikan butiran tambahan tentang aktiviti-aktiviti kami. Kami mengesyorkan agar maklumat tambahan dibaca secara bersama dengan Notis Privasi ini.
Kami komited untuk melindungi privasi kanak-kanak bawah umur. Untuk mematuhi pelbagai peraturan-peraturan privasi, pada masa ini, laman web ini tidak bertujuan untuk digunakan oleh pengguna di bawah umur 18 tahun dan tidak direka untuk menarik kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Sesiapa di bawah umur 18 tahun yang menggunakan laman web ini hendaklah berbuat demikian dengan kebenaran dan partisipasi daripada ibu bapa atau penjaga. Jika ibu bapa atau penjaga menyedari bahawa anaknya telah memberikan maklumat kepada kami tanpa kebenaran mereka, dia harus menghubungi kami di privacy@tyson.com. Tyson akan memadamkan maklumat tersebut dalam masa yang munasabah.
Notis Privasi Dalam Talian ini mungkin berubah dari semasa ke semasa. Anda harus menyemak Notis Privasi Dalam Talian ini secara berkala. Tarikh notis dikemas kini boleh didapati di bahagian bawah setiap halaman.
Data yang dikumpul
Tyson hanya memproses data peribadi anda seperti yang dibenarkan atau diperlukan oleh undang-undang atau mengikut Notis Privasi ini sahaja.
Kami mungkin mengumpulkan maklumat peribadi seperti kategori berikut. Tidak semua kategori boleh dikumpulkan bagi setiap individu:
- Pengenalan Peribadi: seperti nama, telefon, e-mel, alamat surat-menyurat,
- Maklumat Demografi: seperti bangsa atau asal usul etnik, jantina, status perkahwinan, tarikh lahir, umur
- Maklumat yang anda serahkan kepada kami, seperti dalam permohonan kerja dalam talian atau maklumat yang anda berikan apabila anda menghubungi kami, termasuk:
- Pengenalan Kerajaan: seperti nombor lesen memandu, maklumat visa, negeri, wilayah atau nombor pengenalan, maklumat visa atau nombor keselamatan sosial, maklumat passport
- Maklumat Kewangan: seperti maklumat akaun bank, maklumat kad kredit atau maklumat cukai
- Maklumat Pekerjaan: seperti pengalaman dan sejarah pekerjaan, bukti kelayakan bekerja, sejarah pampasan, pemeriksaan dadah, nombor kakitangan, tarikh pekerjaan dan/atau pemberhentian atau perletakan jawatan maklumat gaji, alamat perniagaan, lokasi, pengesahan semakan polisi, kehadiran latihan, kehadiran, aset kenderaan dan syarikat, borang permohonan faedah, penilaian prestasi, maklumat tatatertib, maklumat benefisiari insurans (termasuk nama dan tarikh lahir anak-anak), komunikasi dalam tempoh pekerjaan, maklumat lain yang anda berikan dalam resume atau curriculum vitae anda, kenyataan saksi, Maklumat Peranti, Maklumat Pendidikan, Maklumat Keselamatan dan Maklumat Kesihatan
- Maklumat Pendidikan: seperti ijazah, maklumat sekolah, keahlian profesional dan lessen
- Maklumat Kesihatan: seperti penentuan kecacatan, seperti keputusan ujian kesihatan atau pemeriksaan lain, laporan kesihatan pekerjaan ad hoc, nombor pengenalan insurans kesihatan, pengenalan simptom pernafasan atau diagnosis COVID-19 untuk anda atau isi rumah anda, pengasingan diri mandatori, maklumat buta warna
- Maklumat Biometrik: seperti pemeriksaan suhu badan, pengecaman muka atau cap jari
- Maklumat Keselamatan: seperti sejarah jenayah, tandatangan, plat kenderaan atau pengenalan lain, gambar, rakaman CCTV dan/atau gambar, tujuan sebarang lawatan tapak
- Maklumat Perjalanan: : seperti sejarah perjalanan (termasuk pengesahan perjalanan selama 14 hari ke belakang, lokasi destinasi perjalanan dan pengenalan lapangan terbang yang mungkin pernah anda atau ahli isi rumah anda lalui)
- Maklumat Peranti: seperti e-mel, telefon, maklumat berhubung dengan penggunaan aset IT kami, termasuk metadata dan maklumat sandaran
- Maklumat Laman Web: Jika anda menggunakan laman web kami, kami mungkin akan mengumpul maklumat tentang pelayar yang anda gunakan dan kekerapan anda melawati atau menggunakan laman web kami. Kami mungkin akan mengetahui dari laman web mana anda berasal sebelum layari laman web kami atau laman web yang anda layar apabila anda meninggalkan laman web kami. Jika anda menggunakan aplikasi mudah alih kami, kami mungkin mengumpul lokasi GPS anda. Kami mungkin melihat kekerapan anda menggunakan aplikasi dan dari mana anda memuat turunnya. Kami mengumpul maklumat ini menggunakan alat penjejakan yang diterangkan dalam polisi kuki kami.
Bagaimana Data Anda Dikumpul
Kami boleh mengumpul secara langsung sebarang maklumat yang telah anda atau ahli isi rumah anda kongsi dengan kami secara sukarela, seperti jika anda mendaftar untuk menerima komunikasi pemasaran atau tawaran daripada kami, memohon pekerjaan atau sebaliknya menghubungi kami dalam talian atau menyertai peraduan. Kami juga menggunakan alat penjejakan seperti kuki pelayar dan suar web (“Web Beacons”) untuk mengumpul maklumat daripada anda. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lihat Polisi Kuki kami.
Cara Kami Menggunakan Data Anda
Kami akan menggunakan maklumat anda untuk tujuan berikut:
- Menjalankan perekrutan dan menilai kelayakan pemohon pekerjaan dan membuat keputusan pengambilan pekerja
- Melaksanakan keputusan pengambilan pekerja dan menguruskan aspek berkaitan kerja dalam hubungan pekerja-majikan (iaitu, latihan, senarai gaji, faedah, perjalanan, pembayaran balik perbelanjaan, perancangan penggantian, kesihatan dan keselamatan pekerja, pematuhan, pemantauan kehadiran dan penilaian dan semakan prestasi)
- Menyokong pentadbiran dalaman dengan entiti gabungan kami
- Menyokong operasi dalaman dan/atau tujuan perniagaan, seperti keputusan-keputusan strategik, penyelidikan dan pembangunan, operasi dalaman, unjuran, analitik, pengauditan dan pemantauan, mengesan insiden keselamatan, menambah baik perkhidmatan kami, memahami pengekalan dan pengurangan pekerja kami, kawalan kualiti, mengenal pasti ruang untuk penambahbaikan operasi , mengemas kini fungsi operasi dan teknikal kami serta mematuhi kewajipan undang-undang kami
- Menilai keputusan dan peluang strategik
- Menjawab kontak individu, pertanyaan atau aduan
- Memberi kepada pihak ketiga maklumat statistik atau tanpa nama tentang pekerja Tyson (tetapi pihak ketiga tersebut tidak akan dapat mengenal pasti mana-mana pengguna individu daripada maklumat tersebut)
- Memberi pembekal perkhidmatan pihak ketiga, pembekal atau subkontraktor kami dengan maklumat tentang pekerja Tyson supaya pembekal perkhidmatan, pembekal atau subkontraktor tersebut dapat mentadbir program, faedah atau fungsi pentadbiran tertentu bagi pihak Tyson atau untuk memasarkan atau mengiklankan produk yang memberi Tyson dan pekerjanya perkhidmatan yang lebih baik, tawaran yang lebih baik atau promosi istimewa atau untuk pemberitahuan push pada aplikasi kami, seperti meminta maklum balas atau mengedarkan kupon atau tawaran lain
- Melindungi keselamatan dan integriti perniagaan, proses dan sistem kami (termasuk menyekat akses tanpa izin ke atas komputer dan sistem komunikasi elektronik kami, menghalang pengedaran perisian berniat jahat)
- Menyiasat sebarang pelanggaran keselamatan yang disyaki
- Memenuhi obligasi kontrak dengan rakan kongsi perniagaan kami dan kewajipan undang-undang kami
- Mempertahankan, mengurus atau memproses tuntutan undang-undang dan mematuhi prosiding kehakiman, obligasi perintah mahkamah atau proses undang-undang atau peraturan lain
- Menegaskan hak undang-undang kami atau melindungi harta dan aset kami
- Mencegah, menyiasat dan mengesan jenayah atau penipuan (termasuk bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang)
- Melindungi keselamatan dan kesejahteraan pekerja dan pelawat ke laman kami
- Pemindahan aset, hartanah atau pemilikan kami berkaitan dengan cadangan atau penyempurnaan penyusunan semula perniagaan seperti penggabungan, pengambilalihan atau pelupusan unit perniagaan lain
Asas Undang-undang Kami untuk Menggunakan Data Anda
Di negara tertentu, kami mesti mempunyai asas undang-undang untuk memproses data peribadi anda. Jika persetujuan adalah asas undang-undang, kami akan memberi anda peluang untuk memutuskan sama ada anda ingin memberikan persetujuan anda untuk pemprosesan data peribadi anda oleh kami untuk tujuan yang berbeza atau baharu. Untuk memahami asas undang-undang kami dan mengetahui maklumat lanjut tentang cara kami menggunakan data anda, sila klik:
- DI SINI JIKA ANDA TINGGAL DI AUSTRALIA
- DI SINI JIKA ANDA TINGGAL DI BRAZIL
- DI SINI JIKA ANDA TINGGAL DI CALIFORNIA
- DI SINI JIKA ANDA TINGGAL DI CHINA
- DI SINI JIKA ANDA TINGGAL DI KESATUAN EROPAH ATAU UNITED KINGDOM
- DI SINI JIKA ANDA TINGGAL DI THAILAND
Kepada Siapa Data Anda Didedahkan atau Dikongsi
Kami mungkin mendedahkan data peribadi anda kepada yang berikut untuk tujuan yang dinyatakan di dalam Notis Privasi Dalam Talian ini:
- Ahli-ahli kumpulan kami yang lain (termasuk mereka yang berada di luar bidang kuasa negara anda)
- Mana-mana pekerja, pegawai, kontraktor kami
- Mana-mana penanggung insurans pihak ketiga, penasihat profesional, pelabur, ejen, pelanggan, penyedia perkhidmatan pihak ketiga, pembekal, rakan kongsi atau subkontraktor kami atau wakil mereka yang diberi kuasa bagi pihak mereka
- Organisasi-organisasi lain yang mewakili atau bertindak bagi pihak individu yang mungkin meminta data peribadi untuk menyokong tuntutan berkaitan insiden atau kemalangan yang melibatkan individu tersebut
- Agensi kerajaan, pihak berkuasa, pengawal selia dan penguatkuasa undang-undang diberi kuasa untuk meminta data peribadi untuk tujuan yang sah atau seperti yang dikehendaki oleh undang-undang
- Sebagaimana yang perlu untuk melindungi hak dan harta Tyson
- Sebagaimana yang perlu semasa situasi kecemasan atau di mana perlu untuk melindungi keselamatan manusia
- Di mana data peribadi tersedia secara umum
- Untuk tujuan-tujuan tambahan dengan persetujuan anda di mana persetujuan sedemikian diperlukan oleh undang-undang yang terpakai
Kami hanya akan berkongsi dan memindahkan data peribadi anda untuk tujuan khusus menurut prinsip kesahihan undang-undang, keadilan, keperluan dan niat baik, dan hanya akan berkongsi dan memindahkan data peribadi setakat yang diperlukan untuk tujuan khusus yang dimaklumkan kepada anda. Jika kami berkongsi data peribadi anda dengan penerima, kami mungkin menggunakan enkripsi, anonimasi dan cara lain yang sesuai untuk memastikan keselamatan data peribadi anda. Sebelum berkongsi atau memindahkan data peribadi anda, kami akan mengikuti dan menerima pakai proses dan syarat yang diperlukan oleh undang-undang yang terpakai berkenaan dengan pemindahan data peribadi anda.
Anda memahami dan bersetuju bahawa kami berhak untuk menukar pembekal perkhidmatan dan vendor kami mengikut pertimbangan kami sendiri disebabkan oleh keperluan pembangunan perniagaan dan sebab seperti perubahan dalam pembekal perkhidmatan dan kandungan. Setakat yang dikehendaki oleh undang-undang yang terpakai, kami akan, sebelum berkongsi data peribadi anda dengan penerima tersebut, memberitahu anda tentang nama dan butiran hubungan penerima, tujuan dan cara pemprosesan dan penyediaan data peribadi anda, dan jenis data yang akan diberikan dan dikongsi, dan dapatkan persetujuan anda untuk perkongsian data peribadi anda.
Jika Tyson dijual atau dilupuskan sebagai usaha berterusan, sama ada melalui penggabungan, penyusunan semula, penjualan aset atau sebaliknya, atau sekiranya berlaku insolvensi, kebankrapan atau penerimaan, mana-mana dan semua maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi, termasuk maklumat akaun anda mungkin menjadi satu daripada aset yang dijual atau digabungkan berkaitan dengan transaksi tersebut. Maklumat tentang anda juga mungkin perlu didedahkan berkaitan dengan sesuatu transaksi komersial di mana Tyson sedang mendapatkan pinjaman, pelaburan, sokongan atau pembiayaan. Dalam transaksi sedemikian, data peribadi akan tertakluk kepada janji yang dibuat di dalam mana-mana polisi privasi sedia ada yang berkuat kuasa apabila maklumat itu diperolehi.
Pemindahan Data Anda ke Luar Dari Negara Tempat Tinggal Anda
Data peribadi anda mungkin diproses oleh Tyson, ahli gabungannya dan pihak ketiga lain yang dijelaskan di sini di negara yang lain daripada negara tempat anda bermastautin. Data peribadi mungkin dihantar ke negara yang mempunyai undang-undang privasi yang berbeza daripada negara tempat tinggal anda termasuk Amerika Syarikat. Oleh kerana undang-undang di sesetengah negara ini tidak memberikan tahap perlindungan yang sama, kami melaksanakan perlindungan yang sesuai dan mengambil langkah untuk memastikan mekanisme yang mencukupi disediakan untuk melindungi data peribadi anda mengikut undang-undang perlindungan data dan privasi yang berkenaan. Kami mempunyai perjanjian pemindahan data, yang dianggap sebagai perlindungan yang sesuai dalam melaksanakan Klausa Kontrak Standard yang diluluskan oleh Suruhanjaya Eropah (“Europoean Commission”) untuk menjamin pemindahan data peribadi anda ke bidang kuasa lain. Anda boleh menerima maklumat lanjut tentang perjanjian pemindahan data dengan merujuk maklumat hubungan di bawah.
Bagaimana Data Anda Dilindungi
Kami telah melaksanakan langkah keselamatan fizikal, teknikal dan organisasi yang sesuai yang direka untuk melindungi data peribadi anda daripada kehilangan secara tidak sengaja dan pengaksesan, penggunaan, pengubahan atau pendedahan tanpa kebenaran. Kami juga mengehadkan akses ke atas data peribadi kepada pekerja, ejen, kontraktor dan pihak ketiga lain yang mempunyai keperluan perniagaan yang sah untuk akses tersebut.
Berapa Lama Data Anda Disimpan
Melainkan dikehendaki oleh undang-undang atau peraturan yang terpakai atau apabila diperlukan untuk tindakan undang-undang atau penyiasatan, kami hanya akan menyimpan data peribadi anda selama yang diperlukan untuk memenuhi tujuan kami mengumpulkannya, seperti yang diperlukan untuk memenuhi mana-mana undang-undang, perakaunan, atau kewajipan melaporkan, atau yang perlu untuk menyelesaikan pertikaian. Untuk menentukan tempoh penyimpanan yang sesuai bagi data peribadi, kami mempertimbangkan keperluan undang-undang yang terpakai, jumlah, sifat dan sensitiviti data peribadi, potensi risiko bahaya daripada penggunaan atau pendedahan data peribadi anda tanpa kebenaran, tujuan kami memproses data peribadi anda, dan sama ada kami boleh mencapai tujuan tersebut melalui cara lain. Kami menentukan tempoh pengekalan bagi data peribadi anda dalam dasar pengekalan data kami.
Dalam keadaan tertentu kami mungkin menjadikan data peribadi anda tanpa nama supaya ia tidak lagi boleh dikaitkan dengan anda. Kami berhak untuk menggunakan data tanpa nama dan tidak dikenal pasti untuk sebarang tujuan perniagaan yang sah tanpa notis lanjut kepada anda atau persetujuan anda. Apabila anda bukan lagi pekerja syarikat, kami akan menyimpan dan memusnahkan data peribadi anda dengan selamat mengikut dasar pengekalan data kami serta undang-undang dan peraturan yang berkenaan.
HAK ANDA KE ATAS DATA PERIBADI ANDA
Adalah penting bahawa data peribadi anda yang kami simpan adalah tepat dan terkini. Sila maklumkan kepada kami jika data peribadi anda berubah. Tertakluk kepada batasan dalam undang-undang yang terpakai, anda boleh melaksanakan hak khusus yang anda miliki terhadap data peribadi anda yang kami simpan.
UNTUK MEMBACA TENTANG ATAU MELAKSANAKAN HAK KHUSUS ANDA, SILA KLIK:
- DI SINI JIKA ANDA TINGGAL DI AUSTRALIA
- DI SINI JIKA ANDA TINGGAL DI CALIFORNIA
- DI SINI JIKA ANDA TINGGAL DI BRAZIL
- DI SINI JIKA ANDA TINGGAL DI CHINA
- DI SINI JIKA ANDA TINGGAL DI KESATUAN EROPAH ATAU UNITED KINGDOM
- DI SINI JIKA ANDA TINGGAL DI THAILAND
UNTUK MENJALANKAN HAK ANDA ATAU JIKA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG KEBIMBANGAN MENGENAI PEMPROSESAN DATA PERIBADI ANDA OLEH TYSON, SILA HUBUNGI KAMI DI E-MEL PRIVACY@TYSON.COM ATAU DITyson Foods, Inc.
Privacy c/o Law Department
Mail Code CP006
2200 W. Don Tyson Parkway
Springdale, AR 72765-2020
SEBARANG KOMUNIKASI MESTILAH SECARA BERTULIS.
Kami mungkin meminta maklumat khusus daripada anda untuk membantu kami mengesahkan identiti dan hak anda untuk mengakses, dan untuk memberikan kepada anda data peribadi yang kami simpan tentang anda atau membuat perubahan yang anda minta. Untuk mengesahkan identiti anda, kami akan memadankan maklumat pengenalan yang diberikan dalam permintaan anda dengan maklumat yang kami ada dalam fail tentang anda. Bergantung pada sensitiviti maklumat peribadi yang diminta, kami juga mungkin menggunakan kaedah pengesahan yang lebih ketat untuk mengesahkan identiti anda. Kami mungkin akan meminta anda memberikan dokumentasi lain untuk mengesahkan identiti anda. Jika perkara yang tersebut di atas berlaku, kami akan menghubungi anda secara langsung dengan permintaan ini. Kami mungkin tidak dapat memenuhi permintaan anda jika kami tidak dapat mengesahkan identiti anda atau menghubungkan maklumat yang anda serahkan dalam permintaan anda dengan maklumat peribadi dalam simpanan kami. Undang-undang yang terpakai mungkin membenarkan atau menghendaki kami menolak daripada memberikan anda akses kepada beberapa atau semua data peribadi yang kami simpan tentang anda, atau kami mungkin telah memusnahkan, memadam atau menjadikan data peribadi anda tanpa nama menurut kewajipan dan amalan penyimpanan data kami. Jika kami tidak dapat memberikan anda akses kepada data peribadi anda, kami akan memaklumkan anda tentang sebabnya, tertakluk kepada sebarang sekatan undang-undang atau peraturan. Jika anda memilih untuk melaksanakan hak anda, kami akan bertindak balas seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.
APABILA ANDA DIBERI PILIHAN UNTUK BERKONGSI DATA PERIBADI ANDA DENGAN KAMI, ANDA SENTIASA BOLEH MEMILIH UNTUK TIDAK BERBUAT DEMIKIAN. JIKA ANDA MEMBANTAH PEMPROSESAN DATA PERIBADI ANDA, TYSON AKAN MENGHORMATI PILIHAN ITU BERDASARKAN KEWAJIPAN UNDANG-UNDANGNYA. INI MUNGKIN BERMAKNA KAMI TIDAK DAPAT MELAKUKAN TINDAKAN YANG PERLU UNTUK MENCAPAI TUJUAN PEMPROSESAN YANG DITERANGKAN DI ATAS, TERMASUK MENAWARKAN ATAU MENERUSKAN KONTRAK PEKERJAAN.
Cara Menghubungi Kami
Kami telah melantik seorang Pegawai Perlindungan Data untuk mengawasi pematuhan Notis Privasi Dalam Talian ini. Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang Notis Privasi ini atau cara kami mengendalikan data peribadi anda atau ingin meminta akses kepada data peribadi anda, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data di privacy@tyson.com.